UMNO Sabah menegaskan pergolakan politik yang berlaku di negeri itu masih belum selesai, walaupun Kabinet baharu telah dibentuk.<br /><br />Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, bagaimanapun beliau percaya sebarang kemelut yang tercetus, dapat dinoktah kerana UMNO memiliki kepakaran dalam menyelesaikan krisis politik.